Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan dekat Turkiye, selepas 182 jam terperangkap susulan gempa bumi yang melanda selatan negara itu dan utara Syria, minggu lepas.
Detik keajaiban itu disambut dengan sorakan dan tepukan tangan daripada anggota penyelamat selepas mengeluarkan remaja berkenaan di bandar Antakya, Hatay.